![]() Thursday, 1 December 2011 | 0Superstar (s)!
salam . nak cite ni , semalam aku pegi tengok wayang ! ehe ! cite OMBAK RINDU ! best gile cite nye ! romantik , sedih . and lastly happy ending ! ehe ! ni sinopsis nye ...sinopsis film ombak rindu | video film ombak rindu | gambar maya karin Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari . Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures . Menjadi anak yatim piatu , dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta . Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita , Maya Karin dalam filem terbarunya , Ombak Rindu . Izzah (Maya Karin) , gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya . Justeru itu , ayah saudaranya , Taha , mengambil tugas memelihara Izzah . Pada masa sama , Pak Cik Taha banyak berhutang . Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam . Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz) . Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu . Atas permintaan Izzah , akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah , tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan . Kehadiran Mila Amylia , anak Tan Sri Rashdan , iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz . Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya ? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain ? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya ? Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah MAYA KARIN AARON AZIZ LISA SURIHANI BRONT PALARAE AZIZAH MAHZAN ZAIDI OMAR NORMAH DAMANHURI NATASHA HUDSON |
The Disclaimer ![]() Assalamualaikum semua ! Call me zaty . 15 in 2013 . I blow my candles on 28th May . Do foolow me and I'm taken (: Terima Kasih sebab sudi singgah (: Let's Talk! ![]()
Ask Me! The Credits! ![]() |