![]() Tuesday, 20 December 2011 | 0Superstar (s)!
salam . nak tanye . korang tau tak ape novel terbaru kaki novel ? nak cerita pasal 1 novel ni . korang rase best tak ? sinopsis die ... Adrianna Mayesa (Ad) , si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya . Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan , namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia . Apatah lagi dia tidak pernak mengenali ayah kandungnya . Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham . Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa . Setelah bergelar suami dan isteri , barulah Iz mengecam Ad , si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu . Maka , hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian . Masing-masing menyakiti hati masing-masing . Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinngi . Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M , supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim . Setelah menempuh hidup bersama , cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing . Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina , pujaan hatinya selama ini . Kemunculan Tengku Ihsan , sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad . Demi harta , Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dengan Iz . Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan . Akibat komplot itu , sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya . Siapakah Ad sebenarnya ? Apa kaitannya dengan Ann , cinta pertama Iz ? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang ? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ . |
The Disclaimer ![]() Assalamualaikum semua ! Call me zaty . 15 in 2013 . I blow my candles on 28th May . Do foolow me and I'm taken (: Terima Kasih sebab sudi singgah (: Let's Talk! ![]()
Ask Me! The Credits! ![]() |