Greeting Earthlings !
a story like a novel ! :)
Thursday, 13 December 2012 | 0Superstar (s)!

     hai ! assalamualaikum . this my second post for today , hehe ! actually , I've got something to share with you. I do not know this story is true or not. but I got this story from my cousin named Nur Syafiqah Nabila ! but when I read this story back , that it was kind of stories in the novel as well. but its okay lah . you read jelah ye , hehe !

     Ada seorang perempuan yang bernama Zara . Dia seorang yang anak yang baik dan taat kepada ibu bapa . Satu hari , ibunya menyuruhnya berkahwin dengan seorang lelaki pilihan ibunya yang bernama Aiman . Zara tidak mengenali mahupun berjumpa dengan lelaki tersebut sama sekali . apatah lagi mempunyai rasa cinta terhadap lelaki tersebut . yang dia tahu hanyalah nama lelaki itu sahaja . tetapi Zara terpaksa memenuhi permintaan ibunya supaya ibunya bersetuju untuk menerima rawatan di luar negara . ya , ibunya mempunyai penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan dengan segera . Zara tidak mempunyai pilihan lain selain menerima permintaan ibunya . akhirnya , mereka pun berkahwin .
     Zara berasa amat benci terhadap Aiman walaupun Aiman sudah sah menjadi suaminya . Zara sering membiarkan Aiman sendirian dan menghina Aiman kerana Aiman seorang yang miskin dan tidak mempunyai ibu dan ayah . walaupun Zara sering mengabaikannya , tetapi Aiman tetap melayani Zara dengan baik dan penuh kasih sayang kerana itulah janjinya kepada ibu Zara sebelum mereka berkahwin .
     Aiman memenuhi semua kehendak Zara . apabila Zara pulang daripada kerja , Aiman menjemputnya , apabila Zara inginkan sesuatu , Aiman akan Mendapatkannya dengan apa jua cara sekalipun . dia menyediakan makanan untuk Zara , mendukung Zara masuk ke bilik apabila Zara tertidur di ruang tamu .
     Apabila pulang dari kerja , Zara sering tertidur di dalam kereta dan Aiman akan mendukungnya masuk ke dalam rumah . apabila Zara sakit , Aiman sanggup bersengkang mata untuk menjaga Zara siang malam . apabila Zara marah , Aiman hanya diam dan tersenyum sahaja .
     Apabila Zara susah , Aiman sentiasa membantu . apabila Zara mahu ke mana-mana , Aiman sanggup menjadi pemandu Zara untuk memastikan Zara sentiasa dalam keadaan selamat . akhirnya , hati Aiman mula terbit rasa sayang terhadap Zara .
      Aiman sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya . dia sangat sayang akan Zara . tetapi dia tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu Zara perkara tersebut . baginya , biarlah ia menjadi rahsia dalam hatinya . biarlah hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sayangnya terhadap Zara .
     Satu hari , Aiman ternampak seorang lelaki mengganggu isterinya . dia terus berlari mendapatkan isterinya dan terus menumbuk muka lelaki tersebut . 
 Dengan perasaan marah yang meluap-luap, lelaki tersebut terus menumbuk semula Aiman.
''kau siapa nak kacau hal aku ?!'' , jerkah lelaki tersebut.
''aku suami dia ! ini isteri aku ! kalau kau kacau dia , nahas kau nanti !'' 
 Aiman terus menarik tangan Zara masuk ke dalam kereta .
''kenapa kau tak bagitau aku kau nak pergi mana ? bahaya tau tak !'' , marah Aiman . 
''siapa kau nak tau aku pergi mana ? aku terima kau pun sebab mak aku ! aku tak tau lah kau asal dari mana , lepastu kena kahwin dengan kau . kau tak layak untuk aku !'' , lawan Zara . 
'' kau diamlah !'' jerkah Aiman . 
      Selama ini Aiman hanya bersabar apabila Zara meninggikan suara kepadanya . tapi hari ini , dia melepaskan geram terhadap Zara sambil memukul stereng kereta . Zara terdiam .
     Sampai sahaja di rumah , Aiman terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Zara seorang diri di dalam kereta . kebiasaannya , Aiman akan membukakan pintu kereta untuk Zara , tetapi tidak untuk hari ini .
      Aiman menangis di dalam solatnya . hancur hatinya dengan sikap Zara . selepas lama berdoa , Aiman tertidur di atas sejadah . Zara yang kasihan melihat suaminya , menyelimutkan badan Aiman .
     Keesokan harinya , Zara menyediakan sarapan untuk Aiman . dia rasa amat bersalah terhadap Aiman . Aiman pun terkejut dengan perangai Zara pagi itu . tetapi dalam diam , dia bersyukur dan sejuk hatinya dengan layanan Zara terhadapnya .
     Setiap kali hari minggu , Zara selalu ditinggalkan Aiman kerana Aiman ingin menjenguk saudaranya di rumah anak yatim .
     Disebabkan perasaan takut , Zara mengikuti suaminya ke rumah anak yatim . di rumah anak yatim , Zara menitiskan air mata kerana kasihan melihat anak-anak kecil di rumah anak yatim tersebut . 
     Zara melayani anak-anak kecil di rumah anak yatim tersebut , bermain dengan mereka . baru Zara tahu yang Aiman ditinggalkan ibu bapanya di rumah anak yatim tersebut . dia tahu daripada ummi yang menjaga anak-anak yatim tersebut . 
      Akhirnya Zara berubah . setiap hari minggu , mereka suami isteri akan menjenguk rumah anak yatim . Zara akan berasa sangat gembira setiap kali pergi ke rumah anak yatim .
     Apabila hendak pulang , Aiman membukakan pintu untuk Zara . tiba-tiba , Aiman terjatuh . semua yang berada di rumah anak yatim itu terkejut melihat kejadian itu . 
     Rupa-rupanya Aiman sakit dan hampir pengsan di rumah anak yatim tersebut . Aiman pernah dibelasah oleh Firman , lelaki yang ditumbuk Aiman tempoh hari yang merupakan bekas kekasih Zara .
      takde sambungan dia lah . kalau ada sesiapa yang berminat , sambung lah eh ? hehe ! and i more , to Nur Syafiqah Nabila , hows the story ? okay or not ? hehe ! byep !


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum semua ! Call me zaty . 15 in 2013 . I blow my candles on 28th May . Do foolow me and I'm taken (:
Terima Kasih sebab sudi singgah (:


Diary About Mine Site


Let's Talk!



Ask Me!

The Credits!


Basecode by : Fatin and Haizi
Own this blog : Zatie Ezat's

Best View at GOOGLE CHROME!